Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 16(1) dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya 3, terletak di Presint 16, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Lokasi sekolah ini terletak di kawasan Pusat Pentadbiran Putrajaya. Sekolah ini merupakan sekolah ketiga dibuka di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan memulakan operasi pada tanggal 6 Januari 2003. Keluasan SMK Putrajaya 3 ialah kira-kira 12.5 hektar dan mempunyai 6 blok utama.
Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1), Jalan P16G, Presint 16, 62150 Putrajaya