PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Malaysia Perkenal Pasport Antarabangsa Baharu dengan Pilihan Tempoh Sah Laku 10 Tahun

Malaysia Perkenal Pasport Antarabangsa Baharu dengan Pilihan Tempoh Sah Laku 10 Tahun

Malaysia akan memperkenalkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) berstruktur baharu bermula 1 Julai 2026. Warganegara berumur 18 tahun ke atas kini boleh memilih pasport dengan tempoh sah laku 5 tahun atau 10 tahun mengikut keperluan.

Pasport 10 tahun ditawarkan pada kadar RM350, manakala pasport 5 tahun kekal RM200. Pilihan baharu ini membantu mengurangkan kekerapan pembaharuan pasport serta menjimatkan masa dan kos pengguna.

Pelaksanaan pasport baharu akan dibuat secara berperingkat di 71 pejabat pasport di seluruh negara. Orang ramai tidak perlu tergesa-gesa menukar pasport sedia ada kerana ia masih boleh digunakan sehingga enam bulan sebelum tarikh tamat tempoh.

Langkah ini merupakan usaha kerajaan untuk memperkukuh keselamatan dokumen perjalanan negara serta meningkatkan kemudahan kepada rakyat

Berita Berkaitan